Nantikan kemunculan drama bersiri yang dinanti-nantikan, ‘Anak-Anak Mafia’, yang bakal memikat hati penonton dengan kisahnya yang penuh dengan aksi dan ketegangan. Drama ini akan disiarkan secara eksklusif di platform penstriman Tonton bermula 12 Jun 2025. Dengan jumlah 10 episod, drama ini mengupas kisah mendebarkan mengenai dendam dan konflik yang berpusat di dunia jenayah terancang di ibu kota. Disokong oleh barisan pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Fitri Farok, Scha Elinnea, Fariz Isqandar, Zhen Ning dan ramai lagi, ia pastinya akan menjadi tontonan wajib bagi peminat drama aksi.
Anak-Anak Mafia
Episod: 10
Tarikh Mula Tayangan: 12 Jun 2025
Saluran: Tonton
Idea Asal: Marr Mohamad
Skrip: Marr Mohamad, Irwan Mansor, Nurul Hazrina Mazlan
Arahan: Shuhaimi Zulkefli
Terbitan: Zeel Production Sdn Bhd
Watak Dan Pelakon
- Mierul Aiman sebagai Andra
- Fitri Farok sebagai Ice Wijaya
- Scha Elinnea sebagai Katrina Rafael
- Fariz Isqandar sebagai Black
- Zhen Ningg sebagai Rudy
- Yaakob Abdul Aziz sebagai Arie Wijaya
- Fadhli Masoot sebagai Jefri
- Abby Abadi sebagai Azura
- Zarul Husin sebagai Rasheed
- Rayyan Mikail sebagai Hassan
- Zairi Aziz sebagai Ghazi
- Maymay Fung sebagai Irene
- Bazly Hanif sebagai Khodi
- Zikry Mikhail sebagai Sunny
- Sharif Mahmud sebagai Azril
- Zakry Shazryl sebagai Vince
- Mutalib Mubin sebagai Daim
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Arus & Arah
Penyanyi: Firdaus Rahmat
Komposer & Lirik: John Jeeves
Sinopsis Anak-Anak Mafia
Di sebalik hiruk-pikuk kota metropolitan, Andra (Mierul Aiman) muncul sebagai seorang pemuda yang tekad memburu keadilan bagi keluarganya yang dibunuh dengan kejam 24 tahun yang lalu. Dengan tekad yang tidak tergugah, Andra menyusup masuk ke dalam geng berbahaya, Serigala Merah, yang diketuai oleh Ice (Fitri Farok). Ice adalah anak kepada Arie Wijaya, individu yang dipercayai terlibat dalam tragedi yang menghancurkan hidupnya. Kesungguhan Andra tidak mengenal batas, walaupun risiko yang diambilnya cukup tinggi.
Perjalanan Andra dalam mencari kebenaran tidak semudah yang dibayangkannya. Di tengah-tengah usaha membalas dendam itu, dia terperangkap dalam hubungan yang rumit dengan Katrina (Scha Elinnea). Katrina adalah kekasih kepada Ice, namun dalam diam, dia turut menyimpan perasaan terhadap Andra. Pergolakan emosi ini menambah lagi cabaran dalam misi Andra. Ketika cinta dan pengkhianatan saling bertembung, Andra mendapati dirinya terjebak dalam permainan emosi yang semakin meruncing.
Di persimpangan antara cinta dan dendam, Andra harus menghadapi realiti bahawa jalannya penuh ranjau dan duri. Perjuangannya bukan sahaja melibatkan fizikal tetapi juga emosi, memaksanya membuat keputusan yang berat. Dalam dunia yang dikuasai oleh kuasa dan manipulasi, Andra perlu bijak mengatur langkah agar tidak terjerumus lebih jauh ke dalam kancah bahaya yang menantinya. Kisah ini membawa penonton menyelami dunia jenayah yang penuh liku, sambil memberikan iktibar tentang cinta, kepercayaan dan pengkhianatan.