Bilal dan Abah

Saksikan telefilem istimewa sempena Aidiladha yang bertajuk ‘Bilal dan Abah’, yang dibintangi oleh pelakon hebat Azhan Rani dan Ummi Nazeera. Telefilem ini akan menemui penonton pada 8 Jun, tepat jam 9 malam, hanya di saluran TV Alhijrah.

Bilal dan Abah

Waktu Tayangan: Ahad, 8 Jun 2025, 9:00 malam

Saluran: TV Alhijrah

Skrip: Azal Ezreen

Arahan: Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya

Terbitan: Mache All Star United Sdn Bhd

Para Pelakon: Azhan Rani, Ummi Nazeera, Harun Hashim, Luqman Hafidz

Sinopsis Bilal dan Abah

Telefilem ini mengangkat kisah seorang pemuda autisme bernama Bilal bin Hashim yang mempunyai impian besar untuk melaungkan azan di tanah suci Mekah. Dengan penuh kekaguman terhadap sifat mulia sahabat Rasulullah SAW, Saidina Bilal bin Rabah, Bilal berusaha mencontohi keperibadiannya. Bahkan, dia sanggup menconteng mukanya dengan debu arang supaya kelihatan seperti Saidina Bilal yang berkulit hitam.

Bilal bin Hashim bukan sekadar berangan-angan, malah dia gigih mencari dana untuk mencapai cita-citanya. Dengan mengumpul dan menjual tin kosong, dia berusaha keras mengumpul wang untuk menunaikan umrah. Usaha murninya ini sering menjadi ejekan penduduk kampung, namun Bilal tidak pernah berputus asa.

Walaupun semangatnya sering diuji, terutama apabila hasratnya untuk melaungkan azan di surau kampung ditolak kerana suaranya yang dianggap tidak merdu, Bilal tetap tabah. Kisah ini bukan sahaja memaparkan perjalanan Bilal dalam mengejar impian, tetapi juga menyentuh hati tentang penerimaan masyarakat terhadap golongan istimewa dan semangat juang yang tidak pernah pudar.