Sinopsis Filem Gantung: Musketeer Code

Nantikan adaptasi novel Gantung karya Nadia Khan bakal muncul dalam bentuk filem berjudul Gantung: Musketeer Code yang bakal ditayangkan bermula 5 Jun 2025. Karya adaptasi ini pernah muncul dalam drama bersiri sekitar 2018 kini dibawa ke layar perak dengan menampilkan pelakon asal seperti Ikmal Amry, Hafreez Adam dan Brandon Salim (Indonesia). Manakala watak Gibbs dan Farah yang dulunya dimainkan oleh Randy Pangalila dan Mentari de Marelle kini digantikan dengan Ben Amir dan Shazia Rozaini.

Gantung: Musketeer Code

Genre: Seram / Misteri

Tarikh Mula Tayangan: 5 Jun 2025

Skrip: Nadia Khan

Arahan: Nadia Khan

Terbitan: Neddo Works

Watak Dan Pelakon 

Ikmal Amry sebagai Khalil / Raymond

Ben Amir sebagai Gibran (Gibbs)

Brandon Salim sebagai Kevin Jeremy (KJ)

Hafreez Adam sebagai Jailani (Troll)

Shazia Rozaini sebagai Farah

Gita Sucia sebagai Ratna

Taufiq Hanafi sebagai Sofil

Nelissa Nizam sebagai Sara

Bront Palarae sebagai Rudy

Sofia Jane sebagai Mrs de Silva

Chew Kin Wah sebagai Pengetua

Sangeeta Krishnasamy sebagai Ms Katherine

Sharifah Sofia sebagai Puan Nisa

Syean sebagai General Tan

Amanda Ang sebagai Mrs Tan

Anas Ridzuan sebagai Jimmy Kecoh

Nadiya Nisaa sebagai Zahirah

Siti Saleha sebagai Sally

Ezzanie Jasni sebagai Laila

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Raja Disini

Artis: SUAV / Aidit Alfian

Sinopsis Gantung: Musketeer Code

Khalil, seorang pengarah filem terkenal, menerima satu panggilan daripada bekas rakan sekolahnya, Farah, yang memintanya untuk kembali ke sekolah lamanya bagi menyelesaikan beberapa perkara. Khalil mengimbau tragedi yang berlaku di sekolahnya pada 10 tahun lalu di mana dia bersama tiga rakan baiknya, Gibbs, KJ dan Troll, dituduh menjadi punca bunuh diri rakan sekelas mereka, Ratna. Ratna telah menamatkan riwayatnya sendiri dengan menggantung diri di auditorium sekolah.