Drama Hilang Kasyorga






Drama Bersiri Hilang Kasyorga

Nantikan drama bersiri Hilang Kasyorga yang bakal memikat hati penonton mulai 23 Jun 2025. Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin pada jam 11 malam di saluran DEGUP (Unifi TV, Channel 120). Dengan hanya 6 episod, drama ini menggabungkan elemen kekeluargaan dan ketegangan thriller yang pastinya menjanjikan pengalaman menonton yang mendebarkan. Barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Nabila Huda, Adra Mikayla, Luqman Hafiz, Azhar Sulaiman dan ramai lagi akan menyerikan lagi siri ini.

Hilang Kasyorga

  • Tarikh Mula Tayangan: 23 Jun 2025
  • Waktu Tayangan: Isnin, 11:00 malam
  • Saluran: DEGUP (Unifi TV Originals)
  • Arahan: Feroz Kader
  • Terbitan: Country & Universal Sdn Bhd

Watak Dan Pelakon

  • Kamal Adli sebagai Rodi
  • Wan Adra Mikayla sebagai Kasyorga
  • Nabila Huda sebagai Datuk Zaza
  • Luqman Hafidz sebagai Reza
  • Azhar Sulaiman sebagai Pak Bakar
  • Arfie Shah sebagai Ram
  • Hariz Hamdan
  • Ellie Suriaty
  • Abdul Khaliq
  • Hafizzuddin
  • Fadilah Mansor

Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Biar Aku Tahu
  • Penyanyi: Aepul Roza

Sinopsis Hilang Kasyorga

Drama ini membawa penonton ke dalam dunia Kasyorga (Adra Mikayla), seorang kanak-kanak jalanan yang secara misteri hilang ketika sedang leka bermain dengan rakan-rakannya. Kehilangan Kasyorga bukan sahaja memeranjatkan penduduk setempat, tetapi juga menggegarkan hati Pak Bakar (Azhar Sulaiman), bapa angkatnya yang amat menyayangi gadis kecil itu.

Dalam keadaan cemas, Pak Bakar berpaling kepada jiran yang dipercayainya, Rodi (Kamal Adli), seorang bekas pembunuh upahan yang kini cuba menjalani hidup yang lebih tenang. Namun, tugas mencari Kasyorga menjadi semakin rumit apabila Rodi turut dihantui tugasan baru untuk menghapuskan Datuk Zaza (Nabila Huda), seorang ahli perniagaan terkemuka yang sedang dikaitkan dengan skandal panas bersama pemandunya, Reza (Luqman Hafiz).

Pencarian Rodi untuk Kasyorga membawa dia ke dalam kancah dunia gelap yang penuh dengan skandal, sindiket pemerdagangan manusia dan penjenayah kejam yang berselindung di sebalik topeng kesucian. Sepanjang perjalanan ini, Rodi bukan sahaja perlu menghadapi musuh yang tidak terduga tetapi juga berdepan dengan bayangan silamnya. Setiap langkah membawa dia lebih dekat kepada kebenaran dan memaksa Rodi membuat keputusan sukar yang akan menentukan nasib Kasyorga.