Sinopsis Filem Laknat

Saksikan Laknat, sebuah filem seram psikologi yang diinspirasikan daripada kisah benar, bakal menghantui pawagam seluruh negara mulai 5 Jun 2025. Naskhah ini diarahkan oleh Saw Teong Hin dan diterbitkan oleh Real Films, dengan kerjasama Tutan Entertainment dan diedarkan oleh D’Ayu Pictures. Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Puteri Balqis, Jalil Hamid, Noorkhiriah, Mila Mohsin dan ramai lagi yang pastinya akan memberikan persembahan yang memukau.

Laknat

Genre: Seram

Tarikh Mula Tayangan: 5 Jun 2025

Skrip: Nirraut Sawbaqyah

Arahan: Saw Teong Hin

Terbitan: Real Films & Tutan Entertainment

Watak Dan Pelakon

  • Aeril Zafrel sebagai Luth
  • Puteri Balqis sebagai Laila
  • Jalil Hamid sebagai Jalis
  • Amerul Affendi sebagai Murtaza
  • Naque Ariffin sebagai Nafis
  • Noorkhiriah sebagai Wani
  • Mila Mohsin sebagai Murni
  • Ismail Yaacob sebagai Imam Haswa

Sinopsis Laknat

Filem Laknat membawa kita menyelami kisah Luth, yang dilakonkan oleh Aeril Zafrel, seorang lelaki yang masih terbelenggu dengan kesedihan mendalam selepas kehilangan adiknya yang dikasihi, Laila, yang dimainkan oleh Puteri Balqis. Keperitan yang dirasainya semakin bertambah apabila dia terperangkap dalam perangkap halus iblis bernama Laqqus. Iblis ini memanfaatkan kelemahan Luth, dengan ilusi dan hasutan yang mempesonakan, membuatkan Luth sanggup berbuat apa sahaja.

Dalam keadaan jiwanya yang rapuh dan lemah, Luth terdorong untuk melakukan perjanjian dengan syaitan, dengan harapan dapat ‘menghidupkan kembali’ Laila dan mencari jawapan kepada kematian tragis adiknya. Namun, setiap langkah yang diambilnya semakin menjerumuskannya ke dalam kegelapan yang lebih dalam. Perjalanannya untuk mendapatkan kepastian dan keadilan semakin terpesong dari landasan yang sepatutnya.

Di sebalik usaha untuk membongkar misteri, Luth mula melihat sisi gelap individu-individu di sekelilingnya, yang selama ini tidak pernah disedarinya. Setiap penemuan baru membawanya lebih dekat ke jurang kehancuran, dan dia perlu bertarung dengan masa dan diri sendiri sebelum semuanya terlambat. Adakah Luth akan berjaya menemui kebenaran atau adakah dia akan terperangkap dalam permainan iblis selama-lamanya?

Tonton video trailer di : https://www.youtube.com/watch?v=CFpZ9EBDchM